e-Learning dan Advokasi
9 Ogos 2020 | Aktiviti TerkiniPada 8 Ogos 2020, Sabtu, Pusat Internet (PI) Rantau Panjang telah mengadakan Kelas e-Learning dan Advokasi yang bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang bertempat di bilik latihan Pusat Internet Rantau Panjang. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 3 orang pelajar sekolah rendah yang terdiri daripada 3 orang lelaki.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah sesi pengenalan kepada Pusat Internet, taklimat ringkas tentang penyebaran maklumat palsu, buli siber , perkongsian secara berlebihan, Cek Label Anda dan e-Sisa Mudah Alih. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan tayangan video advokasi dan kuiz.
Diharap dengan adanya kelas ini, para peserta lebih memahami peranan pusat internet dan kelebihan program Advokasi seterusnya juga dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan jenayah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: